Resepi Puding Peach

Bahan-bahan ( Terpulang kepada bekas desert )
  • 300ml air
  • 150ml peach juice
  • 450ml susu segar
  • 150gm gula
  • 30gm instant jelly
  • 40gm tepung custard
  • 1/2 sudu teh rata garam
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Buah peach dipotong memanjang
  • Untuk lapisan atas
  • 650ml air + lebihan peace juice (jika ada)
  • 60gm gula (kalau ada lebihan peace juice banyak kurangkan gula kepada 30 gm)
  • 25gm instant jelly
  • Sedikit peach essence
  • 2 titik pewarna lemon yellow
Cara-cara
  1. Dalam periuk, satukan semua bahan bawah, kacau sebati baru jerangkan atas api. Ini untuk mengelakkan adunan berbintil-bintil.
  2. Sentiasa kacau adunan. Masak sehingga agak pekat. Tuangkan kedalam acuan deset.
  3. Biar adunan sejuk/keras, bolehlah aturkan buah peach.
  4. Untuk lapisan atas, satukan semua bahan, masak sehingga mendidih. Tuang kedalam mangkuk desert perlahan-lahan. Kena tuang pelahan kerana desert lembut takut nanti lapisan bawah pecah dan berselerak.
  5. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Enak dimakan sejuk.

Comments